Segala ciptaan dan rekaan bukan semata-mata bertujuan komersil atau mendapatkan keuntungan malah, untuk meningkatkan pendapatan yang mampu menyara diri dan keluarga. Penggunaan sains, teknologi dan kejuruteraan untuk menambah nilai dan peningkatan kualiti dalam sesuatu perkara yang kita lakukan dapat meningkatkan dan memajukan negara. Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup, kemampuan manusia, mencari jalan yang dipermudahkan dan mampu melonjak prestasi manusia sebagai hamba Allah swt. Contohnya, meningkatkan kualiti dalam menghasilkan ciptaan, rekaan dan inovasi bukan untuk kepentingan peribadi dan merosakkan dunia.
Binaan bersejarah yang dimulakan dan dibangunkan sejak pemerintahan Uthmaniyyah telah terpaksa dirobohkan bagi merealisasikan projek menara jam Masjidil Haram ini dan bagi menampung para jemaah yang mengunjungi Kaabah. Kompleks hotel yang mengandungi 3000 bilik dan pangsapuri dapat membantu menyediakan sebahagian tempat tinggal bagi lebih lima juta jemaah haji setiap tahun. Menara utama dan tertinggi di kompleks ini turut mengandungi Hotel tujuh bintang, Muzium Islam dan Balai Cerap Astronomi untuk tujuan saintifik dan juga kegunaan untuk melihat anak bulan pada bulan-bulan mulia.
Projek ini telah menampilkan ciri-ciri estetik berbeza dalam reka bentuk dan juga pembinaan menara jam gergasi seperti pembinaan permukaan jam yang dihiasi dengan 98 juta keping mozek kaca berwarna keemasan. Muka jam berwarna putih dan hitam semasa hari siang dan bertukar hijau dan putih pada waktu malam. Penggunaan teknologi seperti panel solar juga digunakan sebagai janakuasa sokongan untuk mengendalikan 4 enjin kuasa berkuasa, setiap satunya seberat 21 tan. 20 rod kilat yang berfungsi secara automatik disediakan bagi melindungi jam dan mentol daripada kejutan kilat.
Menara jam Masjidil Haram yang merupakan mercu tanda terbaru turut memegang dan memecahkan beberapa rekod dalam dunia pembinaan, termasuk :
1. Enjin jam terbesar pernah dibina
2. Menara jam tertinggi di dunia
3. Paparan muka jam terbesar di dunia
4. Binaan bulan sabit terbesar di dunia
5. Hotel tertinggi dan terbesar di dunia
6. Kawasan tingkat bawah bangunan terbesar di dunia
7. Ruangan bangunan bertingkat terbesar di dunia
8. Bangunan kedua tertinggi di dunia selepas ‘Burj Khalifa’
ISI - 2 (TIGA KAEDAH FIQH YANG BERKAIT DENGAN SENI BINA MENARA JAM MASJIDIL HARAM)
1.SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT (AL-UMUR MAQASID
Maksud kaedah ini adalah setiap amalan seseorang samada pertuturan atau perbuatan maka kedudukan atau hukum bagi amalan tersebut adalah bergantung kepada niat atau tujuannya.Persoalan yang timbul adalah apabila amalan yang timbul adalah apabila amalan yang dilakukan tersebut mempunyai tujuan atau niat yang bukan ibadat.Mungkin juga berlaku sebahagian amalan tersebut bertujuan ibadat dan sebahagian yang lain untuk tujuan tertentu.Rujukan utama kaedah ini adalah dari hadis riwayat Saiyidina Umar al-Khattab yang bermaksud :
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada apa yang bermaksud".
Dari apa yang kita lihat, setiap kajian, ciptaan dan rekaan yang dihasilkan perlu mempertahankan dan memelihara agama, bangsa, dan negara.Contohnya, menara jam Masjidil Haram dibina bertujuan untuk menjadikan Makkah sebagai salah satu masa yang utama di dunia dalam menghadapi saingan masa Greenwich, yang akan dihubungkan dengan pusat-pusat jam masa terbesar dan utama dunia.Dalam persidangan Doha pada 2008, ulama dan cendiakawan islam berpendapat bahwa waktu di Makkah adalah waktu yang tepat tanpa ada kesilapan keran kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia.
Selain itu. suara azan dari atas menara dapat didengar dengan jelas di sekitar Masjidil Haram, Makkah dari jarak kira-kira tujuh kilometer dan puncak tertinggi jam Mekah diterangi oleh lampu 21,000 mentol cahaya yang dikeluarkan projektor lampu-lampu putih terang dan hijau.Keseluruhan sistem pencahayaannya menggunakan 2 juta lampu jenis LED untuk menerangi Jam Makkah pada waktu malam dan cahaya lampu LED yang menghiasinya ini akan berkerlipan setiap kali adzan berkumandang dan boleh diliha dari jarak 30 kilometer pada waktu malam.Kalimah takbir (Allah Maha Besar) dan syahadah (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu Rasul Allah) sepanjang 23 meter setiap satunya ditempatkan berselang-seli di sisi menaranya.
2.KESUSAHAN MEMBAWA KEMUDAHAN (AL=MASHAQQAH TAJLIBU AT=TAISIR)
Masyaqqah atau kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini (masyaqqah tajlibu al-taisir) ialah masyaqqah yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya dari melakukan kerja amal yang berguna.
Mempermudah, meringan, dan mengambil kira segala keadaan tersebut adalah menjadi matlamat dan tujuan syarak daripada Allah yang Maha Bijaksana. Kesukaran (musyaqqah) yang diperolehi oleh seseorang mukallaf adalah menjadi sebab yang syar’ie lagi sahih untuk meringankannya dengan mana-mana cara sekalipun.
Berdasarkan kepada firman Allah S.W.T :
لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ اِنْ نَّسِيْنَآ اَوْ اَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ وَاعْفُ عَنَّاۗ وَاغْفِرْ لَنَاۗ وَارْحَمْنَا ۗ اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ ࣖ
Maksudnya :
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”
Dalam konteks yang lain, ia membawa maksud supaya syariat Islam dapat dilaksanakan oleh mukallaf bila dan di mana sahaja. Iaitu dengan memberi kelonggaran dan keringanan ketika seseorang itu berada dalam kesempitan dan kesukaran.
Seperti zaman dahulu sebelum terciptanya jam, terdapat beberapa benda yang sukar untuk dilakukan seperti mengetahui masa yang tepat. Pada awalnya, apabila masyarakat pada zaman dahulu ingin mengetahui waktu yang tepat, mereka hanya bergantung dengan matahari. Akan tetapi apa bila cuaca gelap atau matahari diselindungi awam mereka sukar untuk mengetahui masa yang tempat. Dengan adanya menara jam masjidil haram masyarakat dapat mengetahui masa yang tempat sekaligus memudahkan mereka untuk mengetahui masuknya waktu solat. Selain itu, suara azan dari atas menara dapat didengar dengan jelas di sekitar Masjidil Haram, Makkah dari jarak kira-kira tujuh kilometer, hal ini memudahkan lagi masyarakat untuk mendengar azan dari jarak yang jauh.
3.KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHAPUSKAN (AD-DARAR YUZAL)
Islam melarang perbuatan berbahaya dan memberikan kemudaratan kepada orang lain di persekitarannya, sama ada keluarga, masyarakat mahupun rakyat di negaranya tanpa mengira perbezaan agama.Sumber kepada prinsip ini ialah daripada hadith Nabi S.A.W "La darar wa la dirar" iaitu tidak boleh membuat kemudaratan dengan membalas kemudaratan.
Dalam hal ini, pembinaan Menara Jam Makkah dimana dapat memberi faedah kepada umat islam untuk menunaikan solat di waktu yang tepat.Selain itu, dengan adanya Menara Jam Makkah ini umat manusia akan mendapat kesedaran tentang siapa yang telah menciptakan alam semesta ini melalui pameran yang ada di menara itu.
PENUTUP
Sebagai kesimpulan, Menara Jam Masjidil Haram amat penting dalam membentuk minda generasi muda di seluruh dunia, terutamanya terhadap penghargaan warisan dan khazanah negara ini.Dengan adanya Menara Jam Makkah ini, generasi baru akan lebih menghargai dan sensitif terhadap pembangunan yang berilmu, beragama dan penuh dengan ibadah di negara ini.Ini akan membentuk masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan dan kemusnahan bangunan.Jika terdapat pihak yang ingin merobohkan atau memusnahkan bangunan yang bersejarah akan dikenakan tindakan undang-undang.
RUJUKAN
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Abraj_Al_Bait
2. https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/03/01/menara-jam-masjidil-haram-makkah/
3. https://insla.usim.edu.my/index.php/eproceeding/article/download/37/39/93
4. http://raudhahal-ilm.blogspot.com/2011/03/masyaqqah-tajlibu-al-taisir.html?m=1
CARTA GANTT
Nama/Tugasan |
Pendahuluan |
Isi - 1 |
Isi = 2 |
Penutup |
|
Alief |
|
|
|
|
|
Zainuddin |
|
|
|
|
|
Amal |
|
|
|
|
|